Monday, July 6, 2009

ALLAHYARMAH HJH AMSAH HJ MOKTI- Pergi meninggalkan kita....

07.07.2009
Rasa sayu melihat anak-anak allahyarhamah Hjh Amsah meratapi kepergian ibu tersayang. Pilu menyusuk kedalam kalbu.....hanya Allah yang tahu bertapa berat ujian ini.... Tapi tanda Allah sayangkan dia, redalah atas kepergiannya. Al Fatiah..............

Pertukaran Guru

Rasa sedih juga bila tahu ada beberapa orang guru dari SK Lingkungan akan dipindahkan ke sekolah lain di Zon Weston. SK Lingkungan hanya diwartakan untuk 13 orang guru sahaja. Apakan daya... demi tugas kita terpaksa akur. Bagaimana pun beban tugas bagi guru yang tinggal makin bertambah........pun terpaksa akur juga.!.

-Petua Bu Dayang-

Khasiat Kunyit
Isi kunyit dapat menyembuhkan penyakit sengugut. Makan kunyit mentah sebagai ulam ketika makan nasi. Anda akan rasai kemujarabannya. Melancarkan Perjalanan Darah
Kunyit juga mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.
Parut dua ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Kemudian bubuhkan setengah cawan air hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit.
Memanaskan BadanTumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. Minum airnya tiga kali seminggu.
Daun KunyitSekiranya anda diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air. Selepas itu sapulah di kepala hingga rata.

-Jejak Pendidik-





















BERBURU KE PADANG DATAR
DAPAT RUSA BERBELANG KAKI
BERGURU KEPALANG AJAR
IBARAT BUNGA KEMBANG TAK JADI.....